JALINAN

Apa Itu Jalinan

1. Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain.

2. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza.

3. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.

jalinan pada keratan rentas batang pokok
jalinan pada kulit harimau belang
jalinan pada kulit siput

Contoh Jalinan Pada Alam Semulajadi

rekahan pada tanah
jalinan kasar pada permukaan batu
jalinan berduri pada kulit durian

Contoh Jalinan Pada Benda Buatan Manusia

jalinan pada langit-langit rumah

Jenis-jenis Jalinan

1. Jalinan Sentuh

a. Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang

b. Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya

Jalinan Sentuh – kulit kerang
Jalinan Sentuh – tayar motorsikal

2. Jalinan Tampak
Merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.

Jalinan Tampak – kertas dinding
Jalinan Tampak – kulit tembikai

Fungsi Jalinan

1. Sebagai Penyamaran – seperti sesumpah, serangga, harimau dan kuda belang

jalinan pada kuda belang

jalinan pada sesumpah

2. Menahan Geseran – tayar kereta, tapak kasut

tapak kasut

3. Sebagai hiasan – corak pakaian, corak kertas dinding

corak

4. Pengaliran air dan udara

jala ikan

Contoh Penghasilan Karya BerjalinanTampak

gosokan
teknik gosokan menggunakan bahan berjalinan sentuh sebagai subjek, di mana permukaan kertas hendaklah diletakkan di atas benda berjalinan seperti duit syiling, batu-batu jalan, kulit kayu. Seterusnya hendaklah menggunakan pensel atau pensel warna untuk digosokkan atas permukaan kertas tersebut bagi mendapat kesan jalinan.
capan
kaedah ini banyak digunakan sebagai aktiviti di sekolah rendah, menggunakan bahan-bahan berjalinan sentuh seperti daun, sayur-sayuran, ubi kentang, kacang bendi, lalu di sapu warna dan dicap pada permukaan kertas.

 

ikat dan celup

menggunakan kaedah pengasingan warna dengan menggunakan cara mengikat bahagian-bahagian kain yang tidak ingin diwarnakan. Selesai mengikat dengan getah atau tali rafia, kain hendaklah dicelup ke dalam pewarna atau dye mengikut warna yang dikehendaki

 

pualaman

menggunakan kaedah pengasingan warna minyak dengan air. Air diletakkan ke dalam tray lalu di titiskan dengan cat minyak. Seterusnya kertas diletakkan pada permukaan air yang mengandungi cat tersebut.

 

batik
Kaedah batik termasuklah batik blok, batik canting dan sebagainya

lukisan dan catan

menggunakan pen, pensel warna, pensel atau cat dapat menghasilkan kesan ilusi jalinan

Kaedah Penghasilan Karya  Berjalinan Sentuh

anyaman
penghasilan anyaman rotan, anyaman buluh, anyaman tikar dan sebagainya
tenunan
jalinan menggunakan benang atau tali dapat mewujudkan kesan jalinan sentuh
 

sulaman 

semua jenis sulaman temasuk sulaman silang pangkah, tekat, quilting dan sebagainya mencipta kesan jalinan sentuh

 

kolaj

merupakan kaedah potong dan tampal, selain dari potong, kolaj juga boleh dibuat daripada bahan-bahan seperti daun, kacang, pasir, kulit siput dan lain-lain

GUBAHAN WARNA

Gubahan Warna
Sewarna, warna harmoni dan warna penggenap

Sewarna
1. Sewarna adalah gubahan yang menggunakan satu warna dalam beberapa ton atau dikenali sebagai warna monokrom.

2. Sewarna dapat dihasilkan dengan campuran satu warna dengan hitam bagi mendapatkan kesan gelap dan putih bagi mendapatkan warna cerah.

kumpulan warna sewarna
sewarna pada alam sekeliling
gubahan sewarna pada getaran air
gubahan sewarna di persekitaran
Warna Harmoni

1. Warna harmoni merupakan kumpulan warna-warna yang seakan-akan sama atau warna yang berada di dalam satu keluarga atau di dalam suhu warna yang sama.

2. Warna harmoni biasanya terletak bersebelahan atau berdekatan dalam roda warna.

3. Contoh kumpulan warna harmoni :
i. merah, merah jingga, jingga dan kuning jingga.
ii. biru, biru hijau, hijau dan kuning hijau.
iii. biru, biru ungu, ungu, merah ungu dan merah

4. Warna-warna harmoni akan menimbulkan perasaan selesa dan tenang.

5. Kebiasannya warna-warna harmoni digunakan dalam rekaan hiasan dalaman, corak tekstil, hiasan dinding dan sebagainya.

kumpulan warna-warna harmoni
warna harmoni pada rekaan bunga yang bersuhu panas
organisasi warna harmoni dalam rekaan yang sejuk

Warna Penggenap

1. Warna penggenap pula merupakan warna yang terletak bertentangan dalam roda warna.

2. Campuran warna penggenap akan menghasilkan warna neutral.

3. Pasangan warna penggenap ialah:
i.   Merah dan hijau
ii.  Biru dan jingga
iii. Ungu dan kuning

4. Kombinasi warna-warna penggenap dalam sesebuah karya akan menimbulkan rasa getaran, suasana yang riang, kontra, seperti ada pergerakan.

5. Warna-warna harmoni juga sesuai digunakan untuk penghasilan logo, poster, kegunaan iklan dan sebagainya.

kuning dan ungu
hijau dan merah
jingga dan biru
 kumpulan warna-warna penggenap
warna penggenap gabungan jingga dan biru pada bunga dan langit
gubahan warna penggenap pada hiasan dalaman
gubahan warna penggenap pada hiasan

BENTUK

BENTUK

 penghasilan bentuk melalui teknik lukisan
bentuk tangan dihasilkan melalui teknik lukisan

1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D)

2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik.

3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.

4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata.

Ciri-ciri bentuk

1. Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman

2. Berstruktur – mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna

3. Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan

4. Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang

Jenis-jenis Bentuk

A. Bentuk Konkrit

1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.

2. mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)

3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.

bentuk konkrit – meja

bentuk konkrit – bola

B. Bentuk Ilusi

1. bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain

2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi)

3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.

4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.

bentuk ilusi teknik komputer grafik
bentuk ilusi teknik catan
Vincent Van Gogh ‘Still Life”

Membina Bentuk Konkrit

Bentuk boleh dihasilkan melalui :-

1. Garisan – anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai)

2. Rupa – potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain (topologi)

3. Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun, batu, kaca dan sebagainya.

penggunaan unsur garisan iaitu daripada teknik anyaman dapat menghasilkan bentuk konkrit
potongan dan lipatan kadbod mecipta bentuk kotak
penggunaak kertas yang disulam dan dilipat menghasilkan bentuk
lipatan-lipatan kertas mencipta bentuk konkrit
seni origami
bentuk yang dihasilkan daripada bahan tanah liat
bentuk dicipta daripada plaster of paris
penggunaan kaca juga dapat menghasilkan bentuk
penggunaan bahan lilin
ukiran bentuk arca menggunakan sabun

Teknik Ikat Celup

contoh corak ikat celup

Jenis ikatan

1. Jahitan
2. Ikatan yang diisikan dengan pelbagai objek
3. Lipatan dan ikatan
4. Simpulan


Bahan-bahan yang selalu  digunakan untuk menghasilkan teknik ikat celup ialah:

1. Kain sebaiknya kain kapas yang telah dibersih dan dikeringkan
2. Tali (tali rafia), benang, gelang getah
3. Batu, guli, duit syiling, kayu, biji saga dan sebagainya
4. Warna, dye (jenis remazol, dylon, primazine)
5. Bekas untuk pewarnaan (baldi)
6. Sodium silikat (pemati warna)
7. Sarung tangan

Warna Panas dan Warna Sejuk

kumpulan warna panas dan warna sejuk

Warna Panas

1. Terdiri daripada kumpulan warna merah, jingga dan kuning, termasuk warna merah jingga, merah ungu, dan kuning jingga.
2. Menimbulkan suasana yang ceria, meriah, riang dan sebagainya
3. Warna-warna panas akan kelihatan lebih menonjol kehadapan
4. Sesuai untuk catan bertemakan perayaan, peperangan, kemeriahan, pesta dan sebagainya.
5. Contoh bahan-bahan sekitar yang di dalam kumpulan warna panas

kumpulan warna merah dari cili
bunga yang bewarna merah
6. Contoh karya yang menggunakan warna-warna panas. Penggunaan warna-warna merah, hitam jingga dan kuning menimbulkan suasana panas pada karya-karya berikut di bawah
 merah, jingga, kuning, putih dan hitam dapat menimbulkan suasana panas dalam sesebuah karya
 merah dan jingga serta kuning

 Warna Sejuk

1. Merupakan kumpulan warna-warna biru, hijau, ungu, biru ungu, biru hijau dan merah ungu.
2. Menimbulkan suasana nyaman, selesa, sejuk, segar, sedih dan sunyi
3. Warna-warna ini menghasilkan ilusi kejauhan dan kebelakang
4. Sesuai jika digunakan untuk menghasilkan kertas dinding, catan bertema alam semulajadi, kematian, kesegaran
5. Contoh objek alam yang mempunyai kumpulan warna-warna sejuk seperti

laut dan langit
bunga lily berwarna ungu berlatarbelakang daun yang hijau
pemandangan di kawasan laut, warna biru dan ungu
warna biru dan hijau di dasar laut
 6. Contoh karya seni yang menggunakan kumpulan warna sejuk seperti
penggunaan warna biru dan kesan sewarna
campuran warna biru , hijau dan ungu menimbulkan suasana sejuk

Warna Bertindak

Pengetahuan tentang warna bertindak amat penting dalam menghasilkan seni dan komunikasi (grafik) seperti logo, poster, kulit buku, corak dan sebagainya agar kesan yang tertentu dapat dihasilkan. Bagi menghasilkan seni grafik, sekiranya pemilihan warna pada sesebuah karya yang tidak sesuai akan mengakibatkan karya tersebut gagal menarik perhatian dan menyampaikan mesej daripada seni grafik tersebut.

Contohnya jika sebuah poster menggunakan warna latar belakang serta ilustrasi yang seakan-akan sama dengan kapsyen/muka taip (tajuk poster) sudah pasti poster tersebut gagal memperlihatkan mesej yang hendak disampaikan disamping gagal menarik perhatian orang ramai dan hanya merugikan. Warna yang bertindak negatif juga akan menyebabkan tiada kesan keterbacaan jika dilihat dari jarak yang jauh. Ini menyebabkan penonton tidak akan membaca poster tersebut sekaligus poster tersebut gagal berfungsi bagi menyampaikan mesej.

Makna Warna Bertindak

1. Warna yang sama pada latar belakang yang berlainan akan menimbulkan kesan yang berbeza.

2. Apabila dua warna menimbulkan kontra yang jelas dan ketara, tindakan positif dihasilkan.

Image

Image

Hotel ICE yang paling bosa!

tak pasti kalau katil ice tu mampu tak orang macam kita ni (Asia) boleh tido atas ice..burrrrrr….sejuk!

menarik tak kalau pergi honeymoon kat sni?salah satu idea utk kelainan selain dari pergi ke pantai..

Apa kata kalau kita mencuba kelainan dalam hidup untuk mencuba pengalaman yang baru. Tapi apakan daya, semua ni depend pada kemampuan dan keadaan cuaca di sana..apa2 pun, semoga kita mencapai apa yang dihajati.